Polis tahan pelajar lelaki tumbuk pengawal keselamatan

Polis tahan pelajar lelaki tumbuk pengawal keselamatan

Polis tahan pelajar lelaki tumbuk pengawal keselamatan

AMPANG JAYA: Polis menahan pelajar lelaki kerana menumbuk pengawal keselamatan selepas nyaris terbabit dalam kemalangan di Pandan Jaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, ketika mangsa iaitu lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan ke Pandan Jaya.

Mangsa membuat pusingan U di bawah jambatan dan tiba-tiba sebuah motosikal jenis Yamaha LC ditunggang suspek berada di laluan sama sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

“Mangsa sempat mengelak, namun suspek memarahi sebelum bertindak menolak serta menumbuk dada dan kepala pengawal keselamatan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa dipercayai tidak melawan dan hanya mendiamkan diri sahaja sebelum kejadian itu dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Susulan itu sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (D7) Ampang Jaya menahan remaja berusia 19 tahun disyaki terbabit dalam kes itu sekitar jam 6.50 petang, kelmarin.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau. Suspek direman selama tiga hari sehingga esok,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 (sengaja mendatangkan kecederaan) dan 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan secara jenayah.

“Suspek kes ini akan didakwa di Mahkamah Ampang esok,”katanya.

Polis tahan pelajar lelaki tumbuk pengawal keselamatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker