Kompleks kejiranan bergerak 10 meter sehari

Kompleks kejiranan bergerak 10 meter sehari

Kompleks kejiranan bergerak 10 meter sehari
Kejiranan Zhanguyan mula digerakkan pada 19 Mei lalu dan akan dipindahkan ke lokasi asalnya sebaik sahaja projek bawah tanah siap. – Oddity Central

BEIJING – Pihak berkuasa Shanghai memindahkan keseluruhan kompleks bangunan tradisional tanpa mengubah strukturnya dengan bantuan 432 robot yang dikuasakan oleh hidraulik, lapor laman berita Oddity Central.

Kompleks Huayanli yang terletak dalam kawasan Zhangyuan di daerah Jing’an, disebut-sebut sebagai projek pemindahan terbesar di China seumpamanya dari segi saiz dan kerumitan.

Susun atur kompleks bangunan tersusun rapat yang dibina pada tahun 1920-an dan 1930-an itu menjadikan alat pembinaan dan penempatan semula tradisional hampir tidak dapat digunakan.

Namun, pihak berkuasa perlu mencari jalan untuk memindahkan keseluruhan blok sejauh beberapa ratus meter untuk pembinaan struktur bawah tanah tiga tingkat.

Projek itu memerlukan pelbagai jenis teknologi canggih yang membolehkan pasukan bertanggungjawab memindahkan sementara kompleks bangunan seberat 7,500 tan metrik dan seluas 4,030 meter persegi itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Selepas menggali di bawah Zhangyuan, keseluruhan kompleks bangunan itu diangkat ke atas rangka keluli dan bergerak pada kadar 10 meter sehari menggunakan 432 robot kecil.

Kejiranan Zhanguyan itu mula ‘berjalan’ pada 19 Mei lalu dan akan dipindahkan ke lokasi asal sebaik sahaja projek bawah tanahnya siap. – AGENSI

Kompleks kejiranan bergerak 10 meter sehari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker