City tak perlu Grealish, Walker hadapi Piala Dunia Kelab
City tak perlu Grealish, Walker hadapi Piala Dunia Kelab

Manchester, United Kingdom: Masa depan Jack Grealish di Manchester City terus menjadi tanda tanya selepas pemain antarabangsa England itu digugurkan daripada skuad kendalian Pep Guardiola untuk Piala Dunia Kelab.
Walaupun City hanya menyenaraikan 27 pemain daripada maksimum 35 untuk kejohanan bermula di Amerika Syarikat pada 15 Jun, Grealish tidak tersenarai bersama bekas kapten, Kyle Walker.
Keempat-empat pemain baharu yang ditandatangani minggu ini iaitu Rayan Ait-Nouri, Rayan Cherki, Tijani Reijnders dan Marcus Bettinelli semuanya tersenarai.
Pemenang Ballon d’Or, Rodri turut dipilih selepas kembali daripada kecederaan lutut jangka panjang sebelum penghujung musim Liga Perdana Inggeris.
Grealish yang kekal sebagai pembelian rekod kelab selepas perpindahan bernilai £100 juta (RM 574 juta) dari Aston Villa pada 2021, telah merosot dalam hierarki pasukan sejak dua musim lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Dia hanya membuat tujuh penampilan sebagai kesebelasan utama dalam Liga Perdana musim 2024/25 dan tidak diturunkan langsung ketika City tewas 1-0 kepada Crystal Palace dalam final Piala FA bulan lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu masih mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya bersama City dan gaji dilaporkan sekitar £300,000 (RM1.72 juta) seminggu menjadi penghalang untuk mencari kelab baharu.
Guardiola sebelum ini memberi amaran bulan lalu dia mungkin akan meninggalkan kelab jika saiz skuad tidak dikurangkan sebelum musim baharu bermula.
Grealish hanyalah salah satu daripada beberapa pemain yang dijangka akan meninggalkan kelab, termasuk Walker.
Pemain berusia 35 tahun itu dipinjamkan ke AC Milan untuk separuh kedua musim lalu, tetapi kelab Itali itu tidak mengambil pilihan untuk membelinya secara kekal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
City akan memulakan kempen Piala Dunia Kelab menentang kelab Maghribi, Wydad Casablanca di Philadelphia pada Rabu depan sebelum meneruskan aksi kumpulan menentang Al Ain dari Abu Dhabi dan Juventus.
City tak perlu Grealish, Walker hadapi Piala Dunia Kelab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.