Chelsea sisih empat pemain berharga RM835 juta
Chelsea sisih empat pemain berharga RM835 juta

London: Skuad Chelsea terus berpecah menjelang musim baharu apabila Enzo Maresca mengetepikan sekurang-kurangnya empat pemain daripada skuad Piala Dunia Kelab.
The Blues akan memulakan kempen mereka pada Selasa depan menentang LAFC sebelum meneruskan aksi kumpulan menentang Flamengo dan ES Tunis.
Musim panas lalu, Maresca menunjukkan pendiriannya dengan jelas apabila beliau meminggirkan 13 pemain untuk berlatih secara berasingan daripada pasukan utama di fasiliti pembangunan bersama Carlo Cudicini.
Kini, pengurus itu menggugurkan pula Djordje Petrovic, Raheem Sterling, Joao Felix dan Axel Disasi daripada skuad kejohanan.
Petrovic adalah kejutan terbesar memandangkan prestasi penjaga gol Chelsea yang mengagumkan ketika dipinjamkan ke Strasbourg.
Secara keseluruhan, mereka menelan belanja sebanyak £145.4 juta (RM835 juta) – (Petrovic £14 juta (RM80 juta), Sterling £50 juta (RM287 juta), Felix £42.7 juta (RM245 juta), Disasi £38.7 juta (RM222 juta).
Andrey Santos yang turut dipinjamkan ke Strasbourg serta pemain baharu Liam Delap, Dario Essugo dan Mamadou Sarr disenarai dalam skuad.
Santos satu-satunya pengecualian, kerana pemain lain yang dipinjamkan telah diketepikan dengan Chelsea menganggap kejohanan itu sebagai lanjutan kepada musim 2024-25.
Sterling bergelut untuk mendapat tempat di Arsenal, Disasi hanya pemain simpanan di Aston Villa manakala Felix mengalami tempoh sukar di AC Milan dan pernah digelar ‘tidak berguna’ oleh wartawan Itali, Fabio Ravezzani.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Chelsea sebenarnya berhasrat menyenaraikan Jamie Gittens dan Mike Maignan dalam skuad mereka untuk perjalanan ke Amerika Syarikat, tetapi gagal mendapatkannya sebelum tarikh tutup mini.
Borussia Dortmund menolak tawaran kedua Chelsea sebanyak £42 juta (RM241 juta) untuk Gittens dan Chelsea tidak mahu meningkatkan tawaran mereka, sedangkan kelab Bundesliga itu mahukan sekitar £55 juta (RM316 juta).
Tingkap perpindahan kedua musim panas akan dibuka semula pada Isnin dan mana-mana pemain baharu selepas itu boleh didaftarkan untuk peringkat kalah mati Piala Dunia Kelab.
Usaha Chelsea mendapatkan penjaga gol AC Milan, Mike Maignan turut gagal selepas mereka enggan memenuhi harga yang diminta.
Kelab barat London itu menilai pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun yang hanya mempunyai setahun kontrak di San Siro, sekitar £12.7 juta (RM73 juta).
Namun Milan mahukan sehingga £20 juta (RM114 juta) dan dengan sengaja mengenakan ‘cukai Piala Dunia Kelab’ terhadap Chelsea, kerana mereka tahu kelab itu bakal menjana pendapatan daripada kejohanan tersebut.
Situasi itu menjadikan pengguguran Petrovic lebih mengejutkan kerana Chelsea kini hanya tinggal Filip Jorgensen, Robert Sanchez dan Mike Petrovic yang kesemuanya belum memberi impak besar sebagai penjaga gol utama.
Walaupun urusan mendapatkan Maignan gagal, Chelsea berjaya melengkapkan pembelian pertahanan Sarr dari Strasbourg dengan harga £12 juta (RM68 juta) pada pagi Isnin.
Ia menjadikan perbelanjaan musim panas Chelsea mencecah £60 juta (RM344 juta) setakat ini, selepas memuktamadkan perpindahan Delap dan bakat muda Sporting Lisbon, Essugo.
Maresca bakal mendapat gambaran lebih jelas mengenai pasukannya menjelang musim mencabar yang bakal menyaksikan kepulangan mereka ke Liga Juara-Juara Eropah.
Chelsea memenangi Liga Konferens dan menamatkan saingan di tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Chelsea sisih empat pemain berharga RM835 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.