5 lelaki bergaduh selepas perlawanan Malaysia, Vietnam ditahan
5 lelaki bergaduh selepas perlawanan Malaysia, Vietnam ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di kawasan tempat letak kereta di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, berkata semua suspek berusia 19 hingga 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, kira-kira jam 11.50 malam selepas perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya kepada media hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di luar pagar sebuah kawasan tempat letak kereta Stadium Nasional.
Beberapa anggota polis trafik turut dilihat cuba meleraikan pergaduhan selain bertindak menutup pagar bagi menghalang suasana menjadi lebih kecoh.
5 lelaki bergaduh selepas perlawanan Malaysia, Vietnam ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.