2 sahabat ‘pergi bersama’ selepas dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat

2 sahabat ‘pergi bersama’ selepas dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat

2 sahabat 'pergi bersama' selepas dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat
Yunani Mohd Yusof (tengah ), ibu kepada Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri, tidak dapat menahan tangis ketika dipeluk ahli keluarga selepas menerima berita pemergian anaknya dalam kemalangan di Temerloh, hari ini.

Temerloh: Keterujaan dua sahabat untuk melancong ke Dabong, Kelantan, berakhir tragedi apabila mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tengku Ismail, 11 malam tadi.

Mangsa, Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman dan Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri, masing-masing berusia 18 tahun, difahamkan sebelum itu keluar makan malam sebelum pulang ke rumah untuk berehat dan bertolak ke Dabong menaiki kereta api, pagi tadi.

Menurut ibu Aneez Irdiena Sofya, Siti Asmak Wan Abdul Qadir, anaknya pulang daripada kerja dalam keadaan gembira dan lapar sebelum keluar semula bersama rakannya itu.

“Mereka memang rapat dan selalu keluar bersama. Malam kejadian, dia sempat maklumkan nak keluar makan sekejap sebelum bertolak ke Dabong, 3 pagi tadi. Saya tak sangka, itu kali terakhir saya lihat dia,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai merempuh motosikal ditunggangi dua remaja itu di persimpangan lampu isyarat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Pemandu kereta berusia 38 tahun sudah direman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah Aneez Irdiena Sofya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar manakala jenazah Nur Irdina Shaffiya pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang di Temerloh.

2 sahabat ‘pergi bersama’ selepas dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker