Toprak umum sertai MotoGP, perkuat Pramac Racing

Toprak umum sertai MotoGP, perkuat Pramac Racing

Toprak umum sertai MotoGP, perkuat Pramac Racing
TOPRAK sebelum ini pernah menguji jentera MotoGP Yamaha pada 2023. FOTO AFP

Istanbul: Juara dua kali Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK), Toprak Razgatlioglu, bakal beraksi di saingan MotoGP bermula musim 2026 selepas bersetuju menyertai pasukan Prima Pramac Racing, umum Yamaha dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Toprak, 27, mencipta sejarah sebagai juara dunia Superbike pertama dari Turkiye dan cukup dikenali dengan aksi agresif serta gaya menunggang berani.

Dia menjulang gelaran pertamanya bersama Yamaha pada 2021 dan sekali lagi mendominasi kejuaraan bersama BMW musim ini (2024).

Pelumba itu kini menduduki tangga kedua dalam kedudukan keseluruhan WorldSBK 2025, dan dijangka mengakhiri musim ini sebelum membuat perpindahan ke MotoGP, kelas premier dalam dunia perlumbaan dua roda.

“Toprak ialah pelumba Yamaha paling berjaya dalam sejarah WorldSBK, dan dua kejuaraan dunia yang dimenanginya membuktikan bakat luar biasanya,” kata Paolo Pavesio, Pengarah Urusan Yamaha Racing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Peralihan ini adalah satu bentuk ‘kepulangan’ dan juga cabaran baharu dengan matlamat pembangunan berperingkat dalam MotoGP.”

Prima Pramac Racing membuat keputusan menukar jentera daripada Ducati kepada Yamaha bagi musim 2025.

Setakat ini, pasukan itu dibarisi Jack Miller dan Miguel Oliveira, dan Yamaha memaklumkan barisan pelumba musim 2026 akan diumumkan kelak.

Toprak sebelum ini pernah menguji jentera MotoGP Yamaha pada 2023, namun ketika itu belum bersedia untuk membuat penampilan tetap.

Dalam perkembangan berkaitan, pendahulu kejuaraan WorldSBK semasa, Nicolo Bulega, dijangka menyertai pasukan ujian Ducati MotoGP tahun depan sebagai persediaan ke pentas utama pada musim 2027 apabila peraturan baharu MotoGP mula diperkenalkan.

Toprak umum sertai MotoGP, perkuat Pramac Racing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker