Selepas didakwa bunuh isteri, penganggur hadapi sembilan tuduhan bakar kenderaan

Selepas didakwa bunuh isteri, penganggur hadapi sembilan tuduhan bakar kenderaan

Selepas didakwa bunuh isteri, penganggur hadapi sembilan tuduhan bakar kenderaan
Khairul Azmi dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar selepas dituduh membakar sembilan kenderaan milik isteri dan abang ipar, 3 Jun lalu. – NSTP/ALIAS ABD RANI

MUAR: Selesai prosiding dituduh membunuh isteri di Mahkamah Majistret Tangkak pagi tadi, seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah berasingan di sini bagi sembilan tuduhan berbeza.

Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan khianat dengan membakar sembilan kenderaan milik isteri dan abang

Tertuduh mengaku bersalah ke atas enam daripada sembilan pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mohamad Khairul Azmi mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama, kelima hingga kesembilan iaitu membakar enam kenderaan, masing-masing dua unit pacuan empat roda dan motosikal selain sebuah kenderaan ulititi sukan (SUV) dan kereta.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, dia mengaku tidak bersalah melakukan khianat dengan membakar dua motosikal dan sebuah kereta di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong pada tarikh dan masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula semua pertuduhan.

Pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk fakta dan hukuman serta serahan dokumen serta lantikan peguam bagi pertuduhan yang mana tertuduh mengaku tidak bersalah.

Tertuduh sebelum itu didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh isterinya Iecah Junus, 34.

Selepas didakwa bunuh isteri, penganggur hadapi sembilan tuduhan bakar kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker