Polis Kelantan perbanyak anggota unit risikan tanpa uniform pantau sempadan Malaysia-Thailand

Polis Kelantan perbanyak anggota unit risikan tanpa uniform pantau sempadan Malaysia-Thailand

Polis Kelantan perbanyak anggota unit risikan tanpa uniform pantau sempadan Malaysia-Thailand
Mohd Yusoff (depan dua kanan) menyampaikan daging korban kepada seorang anggota polis pada Program Ibadah Korban di IPK Kelantan, hari ini. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan memperbanyakkan anggota unit risikan tanpa tanpa uniform di sempadan terutamanya di pangkalan haram untuk menyekat jenayah rentas sempadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerak Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid esok dan akan melaksanakannya dalam masa terdekat ini.

Katanya, tindakan ini perlu diambil memandangkan keadaan sungai sempit selain ada pihak mengambil kesempatan rentas sempadan apabila tidak ada anggota di kawasan berkenaan.

“Jadi sekarang ini kita akan ubah cara bekerja dan mungkin akan memperbanyakkam unit risik tanpa uniform untuk membuat tangkapan.

“Kalau lihat anggota beruniform mereka ini takut dan tak pergi ke sana (menyeberangi sungai), jadi kita buat tanpa uniform pula,” katanya ketika ditemui selepas Program Ibadah Korban di IPK Kelantan, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Mohd Yusoff berkata jarak sempadan antara Malaysia-Thailand adalah sepanjang 136 kilometer manakala kawasan dalam jagaan pihaknya sejauh 91 kilometer.

“Jadi ia bukannya senang. Jumlah anggota PGA yang menjaga sempadan seramai 300 lebih dan pada sama kedudukan di antara satu ke satu pos yang lain agak jauh sehingga ada berjarak dua hingga tiga kilometer.

“Hal ini memberi ruang dan peluang kepada individu untuk melintas sempadan ketika tidak ada kawalan atau tanpa disedari anggota yang bertugas memandangkan hanya satu minit menyeberang sungai dengan menggunakan perahu,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, hampir setiap hari ada tangkapan walaupun ia hanya membabitkan kes terpencil.

Katanya, dalam tempoh seminggu bermula 31 Mei sehingga 8 Jun lalu sebanyak 13 tangkapan dilakuan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

“Berdasarkan soal siasat selepas tangkapan dibuat, kebanyakan mereka memberi alasan pergi ziarah keluarga selain mempunyai urusan keluarga.

“Bagaimanapun, pihak kami sudah memberi arahan kepada anggota yang menjaga sempadan supaya memperketatkan kawalan sempadan sampai bila-bila,” katanya.

Polis Kelantan perbanyak anggota unit risikan tanpa uniform pantau sempadan Malaysia-Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker