Permohonan kebenaran merayu PKR dalam kes bon jaminan Zuraida didengar 24 Jun

Permohonan kebenaran merayu PKR dalam kes bon jaminan Zuraida didengar 24 Jun

Permohonan kebenaran merayu PKR dalam kes bon jaminan Zuraida didengar 24 Jun
Datuk Zuraida Kamaruddin. – Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin susulan tindakan melanggar syarat bon parti itu.

Peguam PKR Navpreet Singh, ketika dihubungi Bernama, memaklumkan bahawa prosiding itu akan berlangsung secara dalam talian.

Beliau berkata prosiding pengurusan kes terakhir berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Husna Dzulkifly hari ini dan semua pihak telah mengemas kini mahkamah mengenai pematuhan arahan praperbicaraan berkaitan hujahan mereka.

Kes itu adalah susulan saman yang difailkan oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti politik berkenaan bagi menuntut RM10 juta daripada Zuraida atas dakwaan melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.

Dalam terma dan syarat bon, antara lain Zuraida dikehendaki membayar RM10 juta kepada PKR dalam tempoh tujuh hari sekiranya berlaku beberapa kejadian selepas memenangi pilihan raya atas tiket PKR termasuk jika beliau meletak jawatan dari parti, menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi mengarahkan Zuraida, yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, membayar RM10 juta kepada PKR selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat.

Bagaimanapun pada 11 Disember 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida melanggar syarat bon parti namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000 atas alasan jumlah itu adalah tidak munasabah dan ini menyebabkan PKR memfailkan permohonan untuk merayu.

Zuraida dalam pembelaannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan PKR untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Permohonan kebenaran merayu PKR dalam kes bon jaminan Zuraida didengar 24 Jun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker