Norjuma didenda RM4,800 kerana rosak palang dan CCTV kondominium

Norjuma didenda RM4,800 kerana rosak palang dan CCTV kondominium

Norjuma didenda RM4,800 kerana rosak palang dan CCTV kondominium
Bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed didenda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melakukan khianat dengan merosakkan palang dan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kondominium di Taman U-Thant, dua tahun lalu.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman itu selepas Norjuma, 45, menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula terhadap wanita itu.

“Faham (pertuduhan), mengaku (bersalah),” katanya.

Mahkamah turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, ahli perniagaan itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan serta CCTV milik sebuah kondominium di Taman U-Thant, di sini pada jam 7.44 dan 7.45 petang, 28 Julai 2023 yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM4,700.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Faiz Kamal Jaafar yang mewakili Norjuma memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan menyesal dengan perbuatannya.

“Anak guam masih sambung belajar di universiti tempatan dan ditanggung sepenuhnya oleh bapanya yang juga pesara kerajaan.

“Kini anak guam hanya mampu membayar denda sekitar RM1,000 untuk dua pertuduhan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian dan jenayah kerana merosakkan harta kondominium itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Pada 19 Mei lalu, Norjuma turut didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mencakar dan menampar seorang wanita.

Pada 25 April 2024, Norjuma didakwa di empat Mahkamah Majistret di sini atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Mengikut tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.

Wanita itu turut didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Norjuma juga didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Norjuma didenda RM4,800 kerana rosak palang dan CCTV kondominium

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker