Kereta terjunam ke Sungai Triang dinaikkan, mangsa masih hilang

Kereta terjunam ke Sungai Triang dinaikkan, mangsa masih hilang

Kereta terjunam ke Sungai Triang dinaikkan, mangsa masih hilang
Kereta mangsa dinaikkan ke tebing Sungai Triang, Bera. – Foto NSTP/Khirrul Nirwan Bahaudin

BERA: Kereta yang terjunam ke Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong semalam sudah dinaikkan ke tebing hari ini, namun tiada mangsa ditemukan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang semalam, kereta Perodua Bezza dinaiki Sakirah Akop, 31, bersama anak perempuannya berusia setahun empat bulan, tergelincir masuk ke sungai ketika enjin masih hidup.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata suami mangsa, Abdul Wahid Randa, 42 yang sedang memancing di tebing sungai sempat menyelamatkan anak mereka selepas mangsa menolak anaknya keluar dari kereta sebelum ia tenggelam.

Operasi SAR yang digerakkan sebaik menerima panggilan kecemasan semalam, tidak dapat mengesan kenderaan atau mangsa.

“Pagi ini operasi disambung dan sekitar jam 12.30 tengah hari, kereta ditemui dan dinaikkan dari dasar sungai namun mangsa tiada di dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Pencarian kini tertumpu dalam radius 200 meter dari lokasi kejadian dan kawasan berisiko seperti celahan pokok tumbang serta longgokan sampah turut diperiksa.

“Penduduk turut membantu memasang jerami di permukaan sungai bagi mengesan objek hanyut,” katanya.

Kereta terjunam ke Sungai Triang dinaikkan, mangsa masih hilang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker