Cklamovski dedikasikan kemenangan kepada keluarga nahas bas pelajar UPSI

Cklamovski dedikasikan kemenangan kepada keluarga nahas bas pelajar UPSI

Cklamovski dedikasikan kemenangan kepada keluarga nahas bas pelajar UPSI
PEMAIN Malaysia dan Vietnam serta penyokong memberi penghormatan kepada 15 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan bas. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar hening seketika malam tadi apabila sesi bertafakur selama satu minit diadakan sebelum sepak mula perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Vietnam sebagai tanda memperingati tragedi kehilangan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Dalam suasana yang kebiasaannya bergema dengan sorakan dan lagu semangat, ribuan penyokong berdiri dalam diam, menyertai pemain serta pegawai pasukan yang menghormati detik duka itu dengan penuh rasa simpati.

Pemain kedua-dua pasukan berdiri tegak di atas padang, menghayati satu minit keheningan yang menyentuh perasaan.

Sesi bertafakur itu bukan sekadar simbolik, malah menjadi detik penyatuan antara padang dan penonton dengan semangat kesukanan dan nilai kemanusiaan.

Ia memberi makna tersendiri kepada perjuangan Harimau Malaya malam itu yang bukan sahaja memburu kemenangan, tetapi juga membawa harapan dan penghormatan buat mereka yang pergi.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Seolah-olah memberi makna kepada detik hening itu, skuad negara kemudian tampil bertenaga dengan aksi luar biasa, membenam Vietnam 4-0 hasil jaringan Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Corbin-Ong dan Dion Cools di separuh masa kedua.

Menurut Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, kemenangan itu turut membawa erti mendalam buat seluruh pasukan.

“Kemenangan bergaya 4-0 itu bukan sekadar kejayaan di atas padang. Ia turut menjadi satu penghormatan bermakna buat keluarga mangsa tragedi UPSI, sebagai tanda takziah yang diterjemahkan melalui semangat juang Harimau Malaya dan solidariti seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam sesi sidang media selepas perlawanan.

Kemenangan itu menjadi simbol penghormatan dan hadiah dari padang buat 15 pelajar UPSI yang tidak sempat menyaksikan detik gemilang ini, selain menyuntik sedikit semangat buat seluruh warga UPSI yang sedang berduka.

Malam penuh emosi itu membuktikan bola sepak bukan hanya mengenai jaringan dan mata kumpulan, ia juga menyatukan sebuah negara dalam tangis, doa dan kemenangan.

Cklamovski dedikasikan kemenangan kepada keluarga nahas bas pelajar UPSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker