Botak ‘power’, pengorbanan Holgado
Botak ‘power’, pengorbanan Holgado

Kuala Lumpur: Aksi meyakinkan dua penyerang warisan baharu, Rodrigo Holgado dan Joao Figueiredo, dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam terus memikat hati penyokong bola sepak tanah air yang menganggap gandingan mereka sebagai ‘cepumas’ sebenar buat Harimau Malaya.
Biarpun pertama kali bergandingan di pentas antarabangsa, kedua-duanya menunjukkan persefahaman luar biasa bersama barisan pemain tempatan, sekali gus membawa impak besar kepada skuad kendalian Peter Cklamovski.
Figueiredo yang dilahirkan di Sao Paulo, Brazil pada 27 Mei 1996, kini berusia 29 tahun dan beraksi bersama kelab Istanbul Başakşehir di Turkiye, menjadi sebutan hangat di media sosial, terutama dengan gelaran ‘botak’.
Dia yang berketinggian 1.80 meter (m) dan mempunyai nilai pasaran sekitar RM10.6 juta berdasarkan laporan transfermarkt menjadikannya antara pemain warisan termahal yang pernah menyarung jersi Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Dengan ketinggian yang sama 1.80m, bekas penyerang Gimnasia La Plata itu memiliki nilai pasaran dianggarkan RM4 juta dan dipuji kerana meneruskan permainan walaupun berdepan insiden kepala berdarah selepas terhantuk dengan pemain Vietnam.
Ketajaman dua penyerang ini turut disokong oleh pemain sayap lincah Arif Aiman Hanapi yang menjadi ‘penghidang’ utama dalam dua gol pertama Malaysia malam tadi, termasuk bantuan kepada jaringan Holgado.
Peminat di media sosial menyamakan kombinasi ini dengan gandingan bertaraf bintang.
Malah, Holgado turut mendapat perhatian istimewa apabila dikatakan tidak menunjukkan sebarang kesan keletihan walaupun menempuh penerbangan hampir 30 jam dari Argentina.
Figueiredo dikatakan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyerang terutama dengan kelebihan menggelecek, rembatan deras, hantaran tepat dan mempunyai naluri pemusnah.
Ada yang menggelarkannya sebagai ‘penyerang idaman’ kerana bukan sahaja menjaringkan gol malah turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Keupayaan Malaysia menjinakkan Vietnam, seteru serantau yang sering menjadi penghalang sejak 2014, membuktikan pendekatan baharu Cklamovski mula membuahkan hasil dan dua penyerang warisan ini dilihat bakal memainkan peranan penting dalam misi layak ke Piala Asia 2027.
Botak ‘power’, pengorbanan Holgado
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.