Bekas Kekasih Ammar Alfian – ‘Dia Dah Tua, Umur Hampir 40 Tahun Tapi Masih Tak Berubah’
Bekas Kekasih Ammar Alfian – ‘Dia Dah Tua, Umur Hampir 40 Tahun Tapi Masih Tak Berubah’
Wanita yang mendakwa bekas teman wanita Ammar Alfian, Qhaisha menegaskan dia ingin menuntut keadilan terhadap keganasan fizikal dan mental yang didakwa dilakukan oleh aktor berbadan sasa itu.
‘Kalau saya berdiam diri, akan ada mangsa baru’
Menurut Qhaisha, tindakan itu bukan semata untuk dirinya sebaliknya untuk mangsa-mangsa lain yang didakwa juga disakiti. Dakwa Qhaisha, 26, dia tidak nampak pelakon filem Paskal itu ingin berubah walaupun usianya bakal mencecah 40 tahun.
Saya nak keadilan bukan hanya untuk saya tetapi juga kepada mangsa-mangsa sebelum ini. Tak kisah dari segi mental atau fizikal.
Because this man is never going to stop. Dia dah tua, umur hampir 40 tahun dan masih lelaki sama seperti yang diwar-warkan ketika muda. Dia tak akan berubah.
Dakwa Qhaisha lagi, sekiranya dia berdiam diri, akan ada wanita lain yang menjadi mangsa seterusnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Kalau saya terus berdiam diri, akan ada lagi mangsa baru. Tak kan nak tunggu sampai ada orang mati kot.
Apa yang dia buat terhadap saya, sangat kejam. Mungkin saya tak ada video (bukti) untuk jelaskan kepada anda semua tetapi saya yang menanggung.
Saya tahu apa yang dia lakukan itu salah tetapi sebab sayang, saya diamkan diri (sebelum ini).
‘Everything is too much’
Dalam masa sama, Qhaisha enggan mengambil peduli dengan tuduhan Ammar yang menuduh dirinya ingin menumpang populariti ‘public figure.’
Saya tak kisah kalau dia cakap tindakan saya ini semata untuk glamour. Dia pernah cakap, ‘kau nak post semua ini sebab nak glamour saja.’ ‘Kau nak tumpang populariti aku saja.
Bukan itu yang saya nak. Bila saya dengan dia, saya 50% 50% dengan realiti saya. Everything is too much tetapi saya tak nak berhenti di sini.
@ohbulanofficial Replying to @dominant Allahu.. semoga tabah ??#ohbulan #fyp #news #ex #ammaralfian #confess #tak #berubah ? original sound – OHBULAN!
Pada Isnin, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul Ammar sewaktu menjalinkan hubungan cinta dengan mendedahkan beberapa foto memaparkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, leher, mata dan tangan.
Bagaimanapun, pemilik nama Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.
Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu aktres Puteri Sarah pada tahun 2011.
Bekas Kekasih Ammar Alfian – ‘Dia Dah Tua, Umur Hampir 40 Tahun Tapi Masih Tak Berubah’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.