Api menjulang 10 meter di jalan raya

Api menjulang 10 meter di jalan raya

Api menjulang 10 meter di jalan raya
Api menjulang tinggi ke udara ketika anggota bomba memadamkan kebakaran. – FM91

BANGKOK – Satu letupan menghamburkan api setinggi 10 meter ke ruang udara selepas sebuah  lori sarat dengan tong gas terbalik di Ban Bueng, wilayah Chon Buri, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) semalam di Route 344.

Lori membawa muatan silinder gas petroleum cecair (LPG) terbabas lalu terbalik dan  mencetuskan kebakaran.

Empat jentera bomba dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum keadaan bertambah buruk apabila beberapa tong gas tiba-tiba meletup.

Saksi berkata, api menjulang tinggi ke udara ketika bunyi letupan kuat bergema di seluruh kawasan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Polis memberhentikan lalu lintas dan menggesa pemandu memperlahankan kenderaan bagi mengelak bahaya selanjutnya. Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang mengambil masa sejam.

Lori itu hangus, manakala pemandunya mengalami kecederaan ringan.

“Saya berjaya keluar tepat pada masanya dan berlari ke tepi jalan,” kata pemandu berkenaan, Ek.

Sekurang-kurangnya 20 silinder LPG, masing-masing seberat 40 kilogram musnah dalam kejadian itu dengan empat daripadanya meletup. – AGENSI

Api menjulang 10 meter di jalan raya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker