2 wanita maut kereta rempuh belakang treler tayar rosak
2 wanita maut kereta rempuh belakang treler tayar rosak

TANGKAK: Dua wanita maut manakala empat lagi parah selepas kereta dinaiki merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar rosak, semalam.
Kemalangan jam 6.15 petang di Kilometer 168.5, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) menyebabkan kedua-dua mangsa masing-masing berusia 20-an maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata siasatan awal mendapati kereta terbabit dinaiki enam individu dengan dua daripadanya wanita manakala empat lagi lelaki.
Maklumat awal mendapati semua mereka dilaporkan dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Merlimau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu merempuh belakang treler berhenti di lorong kecemasan.
“Rempuhan itu menyebabkan dua mangsa wanita yang duduk di belakang maut di lokasi manakala empat lagi menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Orang ramai ada maklumat kemalangan ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak atau Pegawai Penyiasat Inspektor Faszrulhad Zukapli di talian 012-2306943.
2 wanita maut kereta rempuh belakang treler tayar rosak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.