United idam Donnarumma, ke mana Onana selepas ini?

United idam Donnarumma, ke mana Onana selepas ini?

United idam Donnarumma, ke mana Onana selepas ini?
ONANA kerap melakukan kesilapan besar ketika mengawal gawang United musim ini. FOTO Reuters

London: Manchester United berminat menandatangani penjaga gol bertaraf dunia bagi menggantikan Andre Onana yang boleh menjadi antara kejutan terbesar dalam jendela perpindahan musim panas ini.

United melengkapkan perpindahan pertama mereka di bawah kendalian Ruben Amorim, dengan Matheus Cunha tiba dari Wolves dengan yuran sebanyak £62.5 juta (RM358 juta).

Menurut laporan The Athletic, mereka kini bersedia untuk membuat bidaan ke atas penyerang Brentford, Bryan Mbeumo, selepas pemain antarabangsa Cameroon itu menyatakan hasrat untuk menyertai kelab tersebut.

United turut menerima berita baik apabila kapten kelab, Bruno Fernandes, menolak tawaran lumayan daripada kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal.

Tugas seterusnya bagi United nampaknya adalah untuk mendapatkan penjaga gol baharu, selepas Onana dikaitkan dengan perpindahan keluar susulan musim kedua yang sukar di Old Trafford.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Penjaga gol Cameroon itu melakukan beberapa kesilapan besar sepanjang kempen, terutamanya dalam saingan Liga Europa.

Menurut portal Perancis Foot Mercato, United tmenyatakan minat untuk mendapatkan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma, di tengah-tengah ‘kebuntuan’ rundingan kontraknya dengan kelab semasa.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu tampil cemerlang dalam kejayaan PSG di Liga Juara-Juara musim ini dan dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA hasil prestasinya itu.

Sebarang kemungkinan Donnarumma meninggalkan kelab dilihat hampir mustahil, namun Foot Mercato melaporkan dia masih belum menandatangani kontrak baharu.

Kontrak semasanya akan tamat pada musim panas tahun depan.Walau bagaimanapun, Get French Football News melaporkan terdapat ‘keyakinan’ bahawa Donnarumma akan kekal di kelab tersebut, walaupun dia mungkin perlu menerima pemotongan gaji selaras dengan pemain lain, memandangkan kontraknya yang terdahulu ditandatangani di bawah pengurusan lama’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Sekiranya perpindahan tidak berlaku, Bayern Munich, United dan Manchester City antara kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya dalam jendela perpindahan musim panas ini.

United idam Donnarumma, ke mana Onana selepas ini?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker