Sissy Iman Akhirnya Bersuara Dakwaan Rakan Baik Terlibat Kes Amang Seksual – ”Saya Minta Maaf”

Sissy Imann enggan ulas lanjut bila dikaitkan dengan selebriti lelaki yang terlibat kes gangguan seksual remaja.

Sissy Iman Akhirnya Bersuara Dakwaan Rakan Baik Terlibat Kes Amang Seksual – ”Saya Minta Maaf”

Sissy Iman Akhirnya Bersuara Dakwaan Rakan Baik Terlibat Kes Amang Seksual - ”Saya Minta Maaf”

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann tampil memberikan reaksi selepas namanya dikaitkan dengan selebriti lelaki yang ditahan kerana melakukan gangguan seksual terhadap remaja 17 tahun.

Menurut laporan mStar, Sissy memilih untuk tidak mengulas lanjut, menyifatkan dirinya bukan individu yang sesuai untuk memberi sebarang komen.

Saya sedar mengenai berita yang sedang tersebar sekarang ini, tetapi saya tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk memberikan sebarang komen. Saya minta maaf.

Terdiam bila ditanya secara live

Sissy Iman Akhirnya Bersuara Dakwaan Rakan Baik Terlibat Kes Amang Seksual - ”Saya Minta Maaf”

Ketika mengendalikan rancangan Melodi, rakan pengacaranya Fikry Ibrahim berseloroh menanyakan sama ada benar suspek adalah rakan baiknya seperti yang didakwa netizen.

Sissy ketika itu kelihatan terdiam, tanpa memberi sebarang pengesahan atau penafian situasi yang mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan penonton.

Kes masih dalam siasatan

Sissy Iman Akhirnya Bersuara Dakwaan Rakan Baik Terlibat Kes Amang Seksual - ”Saya Minta Maaf”

Untuk rekod, pada 4 Jun lalu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek di sebuah kafe sebelum beberapa kali keluar bersama dan akhirnya dibawa ke hotel.

Pssttt! Dalam isu sensitif seperti ini, lebih baik berdiam jika kita bukan pihak berkaitan. Biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan demi keadilan semua pihak.

Sissy Iman Akhirnya Bersuara Dakwaan Rakan Baik Terlibat Kes Amang Seksual – ”Saya Minta Maaf”

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker