‘Saya sedia beraksi walaupun gaji RM3,000 sebulan’

‘Saya sedia beraksi walaupun gaji RM3,000 sebulan’

'Saya sedia beraksi walaupun gaji RM3,000 sebulan'
KELIBAT KDA FC tidak dapat disaksikan dalam saingan Liga Super musim baharu.

Alor Setar: Demi cita-cita dan meneruskan kehidupan, seorang bekas pemain Kedah rela mendapat gaji di bawah tahap semasa asalkan dapat terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dia yang juga pernah beraksi dalam beberapa pasukan lain terpaksa menerima bahawa hakikat gaji tinggi pernah dikecapinya pada musim-musim terdahulu sudah berlalu dan hal ‘demand’ ini bukanlah keutamaan utama buat dirinya bermula musim depan.

“Saya berazam untuk terus beraksi dalam Liga Super atau Liga A1 pada musim ini kerana agak sukar mendapatkan pasukan disebabkan faktor persaingan pemain dan juga kemampuan semasa kelab dan pasukan untuk menawarkan gaji yang tinggi ketika ini.

“Jika ada yang pasukan atau kelab yang menawarkan gaji beraksi walaupun hanya RM3,000 sebulan sekalipun di Kedah ini saya masih sanggup beraksi demi menampung keperluan hidup dan meneruskan cita-cita saya dalam bola sepak sejak dulu lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Jika sebelum ini saya mendapat gaji lima angka dengan pasukan Liga Super, kini keadaan sudah berbeza dan saya perlu menerima hakikat keadaan tawaran tidak lagi seperti dahulu,” katanya yang enggan mendedahkan namanya kepada media.

Hampir mencecah usia 30 tahun, katanya masalah tunggakan gaji yang masih melanda Kedah Darul Aman (KDA FC) musim lalu hingga kini turut memberi kesan terhadap tarikan pemain untuk menyertai pasukan berkenaan yang dijangkakan beraksi dalam saingan Liga Semi Pro A1 musim ini.

“Kami berharap KDA FC dapat menyegerakan langkah serta jalan penyelesaian kewangan itu sekali gus mampu menarik pemain baharu yang berbakat untuk kembali menyertai pasukan itu,” katanya.

‘Saya sedia beraksi walaupun gaji RM3,000 sebulan’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker