Pesona Ibu Siti Saleha Buat Ramai Terpukau [VIDEO]
Pesona Ibu Siti Saleha Buat Ramai Terpukau [VIDEO]
Siti Saleha Mohd Baharum atau dikenali sebagai Siti Saleha yang merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun, seterusnya mula menempa nama menerusi drama bersiri Nora Elena bersama Aaron Aziz yang disiarkan di TV3. Siri tersebut mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.
Siti Saleha dilahirkan pada 14 Mac 1990 di Basildon, London, England. Beliau memiliki darah kacukan Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau dikenali sebagai Aishah Rahman dan bapanya yang berketurunan Melayu, Mohd Baharum Abdul Rahman. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dan dibesarkan di Selangor. Beliau merupakan adik perempuan kepada Sam Bunkface atau Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.
“Patutlah Siti Saleha Lawa Sangat, Keturunan Eropah Rupanya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimiuat naik di laman media sosial tiktok milik @sallywho_joshuafitton yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 298 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan sebanyak 60 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Siti Saleha yang berjumpa dan memeluk ibu tercintanya itu.
@sallywho_joshuafitton comelnya dia 🤍 #sweet #comel #sitisaleha #joshuafitton #sallygotherfitton #bismillahfyp #foryoupage @Siti_Saleha1
Rata-rata netizen terpegun melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kecantikkan Siti Saleha adalah diwarisi daripada ibunya itu.
Pesona Ibu Siti Saleha Buat Ramai Terpukau [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.