Peluang Saka pamer kehebatan

Peluang Saka pamer kehebatan

Peluang Saka pamer kehebatan
SAKA ketika sidang media di St George’s Park, England. FOTO AFP

Burton Upon Trent, England: Pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka tersenarai dalam pasukan England yang bakal dirombak untuk perlawanan persahabatan menentang Senegal pada awal pagi Rabu, kata pengurus Thomas Tuchel.

England bergelut ketika menewaskan Andorra 1-0 dalam kelayakan Piala Dunia semalam.

“Selepas perlawanan terakhir (Liga Perdana Inggeris) musim ini saya mengalami sedikit ketegangan,” kata Saka kepada pemberita hari ini.

“Kredit kepada England, mereka menguruskan saya dengan baik. Pengurus meninggalkan saya pada Sabtu dan berkata saya akan bermain esok (awal pagi Rabu).

“Saya suka datang ke kem England dan bermain untuk England. Ia tahun agak mengecewakan dengan kecederaan tetapi saya berada di sini sekarang dan tidak sabar menantikan esok.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Tuchel sangat kritikal terhadap komitmen pasukannya selepas kemenangan ke atas Andorra yang meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan K.

“Saya lindungi pemain-pemain saya, saya tidak menyebut nama, ini bukan isu individu,” kata Tuchel di pusat latihan pasukan di St. George’s Park.

“Tetapi sebagai satu pasukan, kami tidak mencapai standard kami. Saya rasa kami tidak bermain dengan serius seperti yang sepatutnya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

“Mengapa perlu kita bersikap sambil lewa mengenainya? Anda sendiri berada di stadium, mengapa saya perlu katakan kami bermain dengan baik? Tiada apa yang teruk berlaku. Kami boleh terima kritikan.”

England dijangka berdepan ujian lebih sukar menentang Senegal.Pasukan Afrika itu, yang tewas 0-3 kepada England di Piala Dunia 2022 dalam satu-satunya pertemuan antara kedua-dua pasukan, tidak pernah tewas dalam 23 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

England memenangi ketiga-tiga perlawanan di bawah kendalian Tuchel dan enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, serta tidak melepaskan sebarang gol dalam lima perlawanan terakhir.

Peluang Saka pamer kehebatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker