Pegawai penyelidik rugi RM600,500 akibat pelaburan tak wujud
Pegawai penyelidik rugi RM600,500 akibat pelaburan tak wujud
KUANTAN: Seorang pegawai penyelidik berusia 57 tahun kerugian RM600,500 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam wanita terbabit menyertai skim itu selepas dimasukkan dalam satu kumpulan dikenali `K81 Lombard Stock Investment Academy’ pada 21 Mac lalu.
“Tiga transaksi pelaburan awal berjumlah RM14,000 dilakukan mangsa dan berjaya membuat satu pengeluaran awal berjumlah RM1,000 sehingga meyakinkan mangsa untuk meneruskan pelaburan.
“Seterusnya, dalam tempoh 23 April hingga 4 Jun lalu, mangsa melakukan sebanyak 28 transaksi kepada tiga akaun bank sehingga jumlah pelaburan RM600,500.
“Paparan dalam aplikasi itu menunjukkan anggaran keuntungan melebihi RM300,000 tetapi apabila mangsa cuba mengeluarkan RM50,000, suspek meminta bayaran RM200,000 sebagai caj perkhidmatan.
“Selepas itu, mangsa mula menyedari dirinya ditipu. Sumber kewangan daripada simpanan milik mangsa. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pegawai penyelidik rugi RM600,500 akibat pelaburan tak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.