Mayat OKU hilang ditemui dalam kebun sawit
Mayat OKU hilang ditemui dalam kebun sawit

JERANTUT: Mayat seorang lelaki OKU mental yang dilaporkan hilang sejak 30 Mei lalu telah ditemui pagi ini oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan Taman Sri Embun, Jerantut.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, memaklumkan mayat Sabri ditemui pada jam 10.20 pagi hasil kerjasama polis, bomba, APM, unit K9 dan penduduk kampung seramai 40 orang.
“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, pada 10.00 pagi esok bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya hari ini.
Katanya, mangsa Oran Hilang itu,Sabri Ismail, 36 tahun yang juga bujang , dilaporkan hilang oleh kakaknya, Zubaidah Ismail, 38, selepas tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan sejak beberapa hari lalu telah membuat laporan polis pada 7 Jun jam 9.30 malam, selepas usaha mencari sendiri tidak berhasil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Menurut Zukri, pencarian dimulakan segera selepas laporan polis diterimadan siasatan awal dijalankan di rumah mangsa.
“Sebelum kehilangannya, Sabri dilaporkan oleh jiran dalam keadaan tidak sihat dan mengganggu penduduk taman pada 2 Jun jam 12.00 tengah hari,” katanya.
Sementara itu abang sulung mangsa, Adli Ismail, 52, menyatakan Sabri merupakan anak kesembilan daripada 11 beradik dan mengalami masalah mental sejak remaja.
“Namun, beliau masih boleh menjalani kehidupan asas termasuk menunggang motosikal.
“Saya, bertemu kali terakhir Sabri pada 25 Mei semasa menghadiri satu program karnival di kawasan perumahan mereka,” katanya.
Mayat OKU hilang ditemui dalam kebun sawit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.