Mahkamah tolak penghinaan Menara KL
Mahkamah tolak penghinaan Menara KL

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menolak permohonan penghinaan exparte yang difailkan Hydroshoppe Sdn Bhd dan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd terhadap lapan pihak termasuk Kerajaan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan beberapa individu lain.
Hakim, Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas berpuas hati plaintif gagal membuktikan prima facie dalam permohonan itu.
Roz Mawar turut memerintahkan plaintif, Hydroshoppe dan Menara Kuala Lumpur yang diwakili peguam Vinayak Sri Ram membayar kos RM15,000 kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan kerajaan Malaysia manakala RM10,000 kepada pegawai syarikat LSH Service Master, LSH Best Builders dan Service Master.
Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly hadir bagi pihak Kementerian Komunikasi, Fahmi dan kerajaan dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi.
Sementara itu, Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili LSH Service Master, LSH Best Builders dan Service Master.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Permohonan itu dikemukakan Hydroshoppe dan Menara KL susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei lalu menolak rayuan bekas pengendali Menara Kuala Lumpur dan anak syarikatnya untuk mendapatkan injuksi ad interim untuk menghentikan penyerahan konsesi Menara KL kepada LSH Service Master Sdn Bhd.
Pada prosiding yang sama, Ros Mawar turut menolak permohonan injuksi ad interim oleh Hydroshoppe dan Menara KL bagi menyerahkan semula konsesi pengurusan Menara KL.
Untuk kes ini, mahkamah memerintahkan bayaran kos sebanyak RM20,000 kepada semua defendan yang sama.
Ros Mawar membuat keputusan itu dengan alasan permohonan itu sudah menjadi akademik susulan kontrak asal konsesi telah tamat pada Mac 2022.
Mahkamah juga menetapkan 14 Julai depan untuk prosiding seterusnya.
Mahkamah tolak penghinaan Menara KL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.