Kes tipu haji: Polis sedang lengkapkan siasatan
Kes tipu haji: Polis sedang lengkapkan siasatan

KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan 80 jemaah haji yang terkandas daripada menunaikan haji di Tanah Suci Makkah, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman, berkata pihaknya sedang menyegerakan dan melengkapkan kertas siasatan.
Beliau berkata, polis menerima empat lagi pertambahan laporan menjadikan 10 keseluruhan diterima setakat ini membabitkan penipuan itu.
“Sembilan laporan diterima itu diklasifikasikan kepada ROR (Refer Other Report) kepada satu laporan polis induk.
“Tangkapan setakat ini masih dua orang yang dibuat pada 3 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Media sebelum ini melaporkan, pasukan petugas Op Haji Terkandas menahan seorang lelaki dan wanita bergelar Datuk dipercayai dalang penipuan menyebabkan 80 jemaah haji terkandas daripada menunaikan haji di Tanah Suci Makkah.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, dua individu terbabit berusia 36 dan 39 tahun dan direman sehari bagi membantu siasatan kes itu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran luar biasa berkaitan ibadat haji selain memastikan sebarang urusan hanya dibuat dengan pihak yang sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Sebelum ini, media melaporkan 80 jemaah yang dijadual berlepas ke Tanah Suci Makkah ditahan di KLIA kerana didakwa menggunakan visa pelancong.
Penasihat Undang-Undang Mind Pro Management, Ena Ewil, dilaporkan berkata, jemaah terbabit dijanjikan visa mujamalah, namun gagal diperoleh berikutan masalah teknikal sistem Nusuk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Visa mujamalah ialah visa khas yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi kepada individu tertentu, dan tidak termasuk dalam kuota rasmi haji Malaysia.
Kes tipu haji: Polis sedang lengkapkan siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.