Kepercayaan saya dikhianati – Lewandowski
Kepercayaan saya dikhianati – Lewandowski

Warsaw: Penyerang Poland, Robert Lewandowski berkata, kepercayaannya telah dikhianati dan sangat terluka dengan cara jurulatih Michal Probierz memaklumkan dia tidak lagi menjadi kapten pasukan.
Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Poland itu segera mengumumkan di media sosial bahawa dia tidak akan bermain untuk pasukan kebangsaan selagi Probierz menjadi jurulatih, susulan keputusan dibuat untuk melantik pemain tengah Piotr Zielinski sebagai kapten baru.
Lewandowski memberitahu laman web berita wp.pl hari ini bahawa dia menerima panggilan pendek daripada Probierz ketika sedang menidurkan anak-anaknya, dan tidak lama kemudian satu kenyataan tentang kehilangan lilitan kapten itu muncul di laman web Persekutuan Bola Sepak Poland (PZPN).
“Saya memakai lilitan kapten selama 11 tahun, dan saya bermain untuk pasukan kebangsaan selama 17 tahun,” kata Lewandowski.
“Nampaknya perkara seperti ini seharusnya dikendalikan dengan cara yang berbeza. Kita ada perlawanan penting di hadapan, dan semuanya disampaikan melalui telefon. Ini benar-benar bukan cara yang sepatutnya. Jurulatih mengkhianati kepercayaan saya.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Lewandowski berkata pasukan kebangsaan sentiasa menjadi perkara paling penting baginya dan dia “sangat terluka” dengan cara keputusan untuk menarik balik lilitan kapten itu dimaklumkan kepadanya.
Probierz dijadualkan mengadakan sidang media pada malam ini.
Lewandowski tidak tersenarai dalam skuad Poland ketika ini, dengan alasan keletihan fizikal dan mental selepas musim yang panjang sebagai sebab ketidakhadirannya.
Pemain berusia 36 tahun itu, yang menjaringkan 85 gol dalam 158 penampilan untuk negaranya, kedua-duanya rekod kebangsaan memegang jawatan kapten sejak 2014.
Probierz menggantikan Fernando Santos yang dipecat sebagai pengurus Poland pada 2023 dan membawa pasukan ke Euro 2024, di mana mereka menjadi pasukan pertama yang tersingkir.
Poland menewaskan Moldova 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada Sabtu dan akan bertemu Finland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia awal pagi Rabu.
Kepercayaan saya dikhianati – Lewandowski
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.