Kali terakhir berkumpul bersama cucu
Kali terakhir berkumpul bersama cucu

BESUT: Warga emas, Che Dayang Ismail, 68, tidak menyangka kenduri tahlil arwah suami petang semalam menjadi momen terakhir dia berkumpul bersama cucunya yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Gerik-Jeli berdekatan Tasik Banding, Perak pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, antara penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas berkenaan.
Menurut Che Dayang, dia bersama keluarga ada membuat tahlil untuk arwah suaminya selepas solat Zohor dan Nur Dalila Farhana sempat menyertainya sebelum pulang ke universiti.
Katanya, cucu perempuan sulungnya itu tidak menunjukkan perubahan yang ketara namun ibu saudaranya menyedari Nur DalilaFarhana tidak banyak bercakap dan ceria seperti biasa.
“Setiap kali cuti, memang dia akan balik ke kampung dan tidak sangka semalam hari terakhir kami berkumpul bersama dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Tok Dor di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Tambah Che Dayang, cucunya itu menaiki bas kira-kira jam 9 malam tadi dan orang tuanya menghantarnya ke Bandar Jertih untuk ke pulang ke universiti bersama rakan-rakannya.
“Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, saya sangat terkejut selepas mengetahui bas dinaiki cucu terbabit dalam kemalangan namun tidak mengetahui keadaannya sehinggalah tengah hari tadi.
“Sebaik mengetahuinya, anak serta menantu bergegas ke sana dan kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya dimaklumkan cucu sudah tiada,” katanya.
Jenazah Nur Dalila Farhana dijangka dikebumi di Kampung Baru Tok Dor.
Terdahulu, seramai 15 penuntut UPSI disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Jeli – Grik berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.
Kali terakhir berkumpul bersama cucu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.