Gelagat Anak Shuib Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur! [VIDEO]
“Betul-Betul Perangai Ayahnya…”
Gelagat Anak Shuib Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur! [VIDEO]
Anak-anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Uwais Al-Qarni dan Dzahira Thalita Zahra mencuri tumpuan netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Thalita di TikTok, memaparkan mereka berdua melakukan trend terkini TikTok menggunakan lagu I Wanna Be Yours nyanyian Arctic Monkeys versi Jedag Jedug.
“Abang saya memang cacat.”-kapsyen lucu Thalita di TikTok
@tfrvett abang saya mmg cacat @uwaisgorolaa #fypppppp
“Hyper Sangat Uwais Ni…”
Namun apa yang mencetuskan rasa terhibur netizen di ruangan komen adalah gelagat Uwais yang terlalu ‘hyper’ sehingga dianggap cacat oleh Thalita.
“Wajah Uwais mirip ibu, tapi Thalita win part bibir 😍😍.”
“Uwais keluar core dia.”
“Hyper sangat Uwais ni.”
“Banyak pahala kau jaga orang istimewa.”
“Anak sulung memang cenggitu lah.”
“Uwais dah makan ubat belum 🤣🤣.”
“Talita? Uwais? Okay tak? Hahahha.”
“Nampak Uwais ni pandai sorok masalah dia dengan buat orang sekeliling dia happy.”
“Selagi tak makan handset takpe biarkan.”
“Alright tak belakang tu. Ada kad selain ic ke 🤣.”
“Aduhh sakit perut aku gelak tak tahan! 🤣🤣
Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011. Namun, penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 disebabkan jangkitan COVID-19.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, Dzahira Thalita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Shuib kemudiannya berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.
Gelagat Anak Shuib Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.