Era Spalletti berakhir, peluang Itali ke Piala Dunia masih samar
Era Spalletti berakhir, peluang Itali ke Piala Dunia masih samar
Reggio Emilia: Itali mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya dengan kemenangan 2-0 ke atas Moldova, awal pagi tadi, dalam perlawanan terakhir Luciano Spalletti sebagai jurulatih Itali.
Giacomo Raspadori dan Andrea Cambiaso masing-masing menjaringkan gol pada setiap babak untuk skuad Azzurri yang kini berada di tempat ketiga dalam Kumpulan I, sembilan mata di belakang pendahulu, Norway, dan berisiko terlepas kelayakan ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.
Hanya juara kumpulan akan layak secara langsung ke pusingan akhir tahun hadapan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.
Walaupun Itali masih berbaki dua perlawanan berbanding Norway, peluang terbaik mereka nampaknya adalah menamatkan saingan di tempat kedua dan mara ke pusingan play-off.
Spalletti, yang menyaksikan pasukannya tersingkir pada pusingan 16 terakhir Euro, mengendalikan Itali buat kali terakhir, hari ini, selepas dimaklumkan bahawa beliau akan dipecat berikutan kekalahan 0-3 kepada Norway dalam perlawanan kelayakan Sabtu lalu.
“Apabila anda menjadi jurulatih pasukan kebangsaan, tiada alasan yang boleh diberikan…andalah yang memilih pemain.
“Jurulatih sepatutnya melakukan sesuatu yang berbeza dan malangnya saya gagal melakukannya,” kata Spalletti kepada stesen penyiar awam Rai.
Spalletti meninggalkan tugasnya selepas satu lagi perlawanan hambar yang berlangsung dalam suasana suram di Reggio Emilia, di mana Itali memperoleh tiga mata yang diperlukan tetapi tidak banyak memberi harapan untuk masa depan kepada siapa pun penggantinya nanti.
Claudio Ranieri dilaporkan menjadi calon pilihan Persekutuan Bola Sepak Itali untuk menggantikan Spalletti dan membimbing Itali ke arah Piala Dunia, walaupun beliau sudah bersara daripada dunia kejurulatihan selepas mencipta kejayaan bersama Roma musim lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Ranieri kini berusia 73 tahun dan berkhidmat sebagai perunding kepada kelab zaman kanak-kanaknya, Roma.
Namun, ia tidak menghalang kempen media yang merayu agar jurulatih yang digelar ‘Sir’ itu kembali daripada persaraan buat kali kedua untuk memimpin pasukan kebangsaan pada saat paling sukar ketika ini.
Era Spalletti berakhir, peluang Itali ke Piala Dunia masih samar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.