De Bruyne selamatkan maruah Belgium
De Bruyne selamatkan maruah Belgium

Brussels: Kevin De Bruyne menyelamatkan maruah Belgium selepas hampir mensia-siakan kelebihan tiga gol sebelum menewaskan Wales 4-3 pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.
Jaringan daripada Romelu Lukaku, Youri Tielemans dan Jeremy Doku dalam tempoh setengah jam memberikan permulaan bergaya buat Belgium.
Namun, Wales bangkit menerusi sepakan penalti Harry Wilson serta jaringan Sorba Thomas dan Brennan Johnson untuk mengejutkan pasukan yang berada di tangga kelapan ranking dunia itu.
Tetapi De Bruyne sekali lagi menjadi penyelamat negaranya seperti yang sering dilakukannya sepanjang kariernya apabila menyempurnakan hantaran lintang Tielemans pada minit ke-88.
Namun, masih banyak aspek positif untuk Wales dalam misi mereka layak ke Piala Dunia tahun hadapan.
Mereka kini berada di tangga kedua Kumpulan J, satu mata di belakang Macedonia Utara dan tiga mata di hadapan Belgium, yang masih mempunyai dua perlawanan dalam tangan.
Hanya juara kumpulan akan layak secara automatik manakala tempat kedua akan ke pusingan play-off.
Selepas seri 1-1 menentang Macedonia Utara pada Sabtu lalu untuk membuka kempen kelayakan, Rudi Garcia kembali menurunkan tiga bintang Liga Perdana Inggeris iaitu Leandro Trossard, Amadou Onana serta Tielemans dan Belgium mula menunjukkan rentak sebenar.
De Bruyne selamatkan maruah Belgium
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.