Bergaduh dengan isteri, lelaki pandu lawan arus
Bergaduh dengan isteri, lelaki pandu lawan arus

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan memandu secara melawan arus di Jalan Skudai, Pantai Lido, di sini, kerana berselisih faham dengan isterinya hingga menyebabkannya memasuki laluan salah, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata insiden berlaku kira-kira jam 1.41 pagi Sabtu lalu tular di media sosial sebelum pihaknya mengesan kenderaan berkenaan.
Katanya, terdahulu Ibu Pejabat Daerah JBS telah menerima makluman daripada Bukit Aman berhubung rakaman video tular sebuah kenderaan dipandu melawan arus di Jalan Skudai Pantai Lido, Johor Bahru, malam tadi.
“Video berkenaan dimuat naik di media sosial Facebook dan telah dikongsi menerusi pautan:
“Hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada Sabtu, 7 Jun, kira-kira jam 1.41 pagi dan memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz warna biru bernombor dipandu secara melawan arus di Jalan Skudai, Pantai Lido.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan tersebut telah membolehkan pihak polis mengesan identiti pemilik dan pemandu kenderaan sebelum dia diarahkan hadir ke Balai Polis Trafik Johor JBS untuk membantu siasatan.
“Hasil rakaman percakapan pemilik kenderaan yang juga lelaki tempatan berusia 34 tahun yang hadir jam 11.30 malam tadi mendapati dia mengaku memandu kenderaan secara melawan arus kerana ketika itu sedang berselisih faham dengan isterinya hingga menyebabkan dirinya hilang fokus dan memandu kenderaan memasuki di laluan yang salah,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Raub berkata, ujian saringan air kencing turut mendapati pemandu kenderaan berkenaan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.
“Polis meminta orang ramai yang menyaksikan insiden itu untuk hadir ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulpaka Bambo di talian 014-8861791 bagi membantu siasatan,” katanya.
Bergaduh dengan isteri, lelaki pandu lawan arus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.