5 beranak hilang di laut, ditemui selamat
5 beranak hilang di laut, ditemui selamat

BACHOK: Lima beranak termasuk bapa dan anak ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke laut dalam kejadian di Jeti Pengkalan Petah, Tawang, di sini.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, seorang pengadu wanita, Norzilawati Abdul Rashid, 45 melaporkan suaminya, Mohd Azam Sulaiman, 63 tahun bersama anak dan tiga anak saudara tidak pulang ke rumah selepas turun ke laut di jeti berkenaan sejak semalam.
Katanya, mereka berlima dipercayai turun ke laut lebih kurang jam 8.00 pagi semalam dengan menaiki bot sendiri dan sehingga pagi tadi tidak pulang dan tidak dapat dihubungi pengadu.
“Sebaik menerima laporan kita maklumkan kepada unit kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian dan makluman kepada Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) dan pegawai di Pusat Kawalan Daerah (DCC) dan unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Tawang untuk tindakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Beliau berkata, pihaknya memaklumkan kepada pihak Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk bantuan mencari lokasi sebenar mangsa.
Tambahnya, jam 11.40 pagi tadi, PPM memaklumkan Maritim Malaysia menjumpai mangsa dan bot di perairan Tak Bai, Thailand dan membawa mangsa ke jeti Pengkalan Maritim Pengkalan Kubor.
“Kesemua mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya.
Mohamad berkata, pihaknya menasihati orang awam atau nelayan memaklumkan kepada pihak polis dan Jabatan Perikanan Malaysia untuk sebarang aktiviti laut.
5 beranak hilang di laut, ditemui selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.