Syed Azmir sedia rebut kerusi nombor 1 PSM

Syed Azmir sedia rebut kerusi nombor 1 PSM

Syed Azmir sedia rebut kerusi nombor 1 PSM
PRESIDEN PSTPs, Syed Azmir sedia bertanding jawatan Presiden PSM menentang Sumali. -FOTO Syed Azmir

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Sepaktakraw Perlis (PSTPs), Syed Azmir Syed Ahmad mengesahkan kesediaannya untuk bertanding bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu yang dijadual berlangsung 29 Jun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan PSTPs, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengalaman luas Syed Azmir yang sudah berkecimpung dalam dunia pengurusan sukan sepak takraw sejak tahun 1995.

“PSTPs merasakan bahawa sudah sampai masanya dan beliau pun bersedia untuk merebut jawatan nombor satu PSM bersandarkan pengalaman serta kemampuannya yang bergiat aktif dalam pengurusan sukan sepak takraw sejak tahun 1995,” kata kenyataan PSTPs.

Syed Azmir pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat PSTPs dari tahun 2006 hingga 2010 dan terkini dilantik sebagai Presiden PSTPs bagi penggal 2025 hingga 2027 pada 30 April lalu.

“Ia membuka ruang kepada dirinya untuk bertanding bagi jawatan nombor satu PSM. Bersandarkan huraian pengalaman dan penglibatannya yang begitu lama dalam sukan sepaktakraw , PSTPs amat yakin beliau mampu menggalas tanggungjawab itu dengan iltizam dan komitmen yang tinggi sekiranya diberi peluang menduduki kerusi nombor satu PSM,” kata kenyataan itu lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Bagaimanapun, Syed Azmir menghormati penyandang jawatan Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Kuala Lumpur, yang berjaya melonjakkan nama PSM ke satu tahap amat membanggakan sehinggakan digelar dengan jolokkan ‘artikek sepak takraw Malaysia’.

Justeru, sekiranya Sumali memutuskan untuk mempertahankan jawatan berkenaan untuk penggal kedua, Syed Azmir sedia menarik diri sekali gus memberi laluan kepada Sumali.

“Dirinya tiada masalah untuk bekerja dengan Datuk Mohd Sumali ke arah membangunkan PSM. PSTPs juga akan terus menyokong kuat kepimpinan Datuk Mohd Sumali.

“Langkah seterusnya, Presiden PSTPs akan beralih untuk bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PSM. Beliau penuh yakin akan mendapat sokongan daripada mereka yang inginkan perubahan,” kata kenyataan itu.

Syed Azmir sedia rebut kerusi nombor 1 PSM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker