Pemandu rentung terperangkap dalam lori balak terbakar selepas terbalik
Pemandu rentung terperangkap dalam lori balak terbakar selepas terbalik

BINTULU: Seorang pemandu lori balak rentung selepas terperangkap dalam kenderaannya yang terbakar sejurus terbabit dalam kemalangan akibat terbabas di Jalan Samarakan, di sini, tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat Kanang Inggai, 57, dijumpai di tempat duduk pemandu dalam keadaan kakinya tersepit.
Katanya, kemalangan jam 12.56 tengah hari ketika lori berkenaan sarat membawa muatan kayu balak manakala kebakaran memusnahkan bahagian kepala kenderaan terbabit.
“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan kendiri membabitkan lori sarat dengan muatan kayu balak yang terbalik di tepi jalan selepas terbabas.
“Kebakaran yang berlaku melibatkan bahagian kepala lori yang terbakar 100 peratus. Bagaimanapun ia berjaya dipadamkan oleh pekerja salah sebuah syarikat yang berhampiran sebelum pasukan bomba tiba.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa dari lori itu dengan menggunakan kayu untuk mengumpil besi yang mengakibatkan kaki mangsa tersepit.
“Selepas hampir dua jam berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah lori, dia akhirnya berjaya dikeluarkan pada jam 2.49 petang,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut Punca kemalangan belum dikenalpasti dan polis masih menjalankan siasatan.
Pemandu rentung terperangkap dalam lori balak terbakar selepas terbalik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.