Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan inisiatif baharu untuk menggabungkan orang Melayu di bawah satu payung besar.
Sehubungan dengan itu, satu sekretariat yang dikenali sebagai Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu telah ditubuhkan.
Dr. Mahathir mendakwa, gerakan itu tidak bermotifkan politik.
Ia bertujuan menjadi wadah bagi menyelesaikan masalah dan isu dihadapi orang Melayu yang disifatkan gagal ditangani kerajaan hari ini.
Tetapi dalam masa yang sama, gerakan itu juga bertujuan untuk mencari jalan supaya orang Melayu dapat menguasai semula kerajaan.
“Ketika ini orang Melayu belum ada pejuang yang khusus.”
“Tetapi sekarang ini kita tak peduli tentang masalah-masalah lain, kita cuma nak tumpu kepada satu perjuangan saja.”
“Iaitu perjuangan menyelamatkan orang Melayu.”
“Dan kita tahu ada banyak masalah yang dihadapi oleh orang Melayu yang cuma boleh diatasi kalau kerajaan ini dikuasai oleh orang Melayu.”
“Sebab itu perjuangan kita ialah untuk mencari jalan supaya kita berkuasa semula.”
“Dan kita dapat menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu.”
“Kita bersetuju dengan mengadakan satu gerakan tidak rasmi, yang kita panggil sebagai payung besar supaya semua orang Melayu boleh ada dalam satu kumpulan,” kata Dr Mahathir.
Bukanlah tujuan penulis untuk memperlekehkan ‘usaha’ Dr Mahathir untuk perjuangkan nasib bangsa Melayu.
Cuma penulis tertanya-tanya, apakah ‘masalah’ bangsa Melayu yang Dr Mahathir mahu selesaikan?
Kalau ianya berkaitan dengan masalah ekonomi orang Melayu, apakah selama 2 kali menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan 22 bulan, mengapa ianya tidak menjadi agenda perjuangan Dr Mahathir?
Siapakah yang menjual aset strategik orang Melayu selepas kejatuhan Barisan Nasional pada 2018?
Sekiranya perpecahan kuasa politik yang Dr Mahathir maksudkan, siapakah sebenarnya yang menjadi punca kepada perpecahan kuasa politik orang Melayu?
Sudah terang lagi bersuluh.
Matlamat utama Dr Mahathir adalah untuk kembali menjadi perdana menteri kali ketiga pada usia yang sudah menjangkau satu abad.
Cukup-cukuplah, ikut hati, mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu, lesu.
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
You must be logged in to post a comment.