Marquez belajar dari kesilapan silam

Marquez belajar dari kesilapan silam

Marquez belajar dari kesilapan silam
MARQUEZ meraikan kejayaan bersama pasukannya. -FOTO AFP

Aragon: Marc Marquez mengakui memori kesilapan lampau menjadi pengajaran terbaik buat dirinya ketika menjuarai Grand Prix MotoGP Aragon dengan penuh bergaya, semalam.

Juara dunia lapan kali itu menjadi pelumba pertama sejak dirinya sendiri iaitu 10 tahun lalu yang mengetuai setiap sesi sepanjang hujung minggu perlumbaan dari latihan bebas, kelayakan hingga kemenangan di hari perlumbaan.

Kejayaan itu bukan sahaja mengembalikan aura juara Marquez, malah meletakkannya 32 mata di hadapan dalam carta kejuaraan, selain menandakan kemenangan pertamanya sejak GP Qatar, April lalu.

Marquez yang meraih kemenangan ketujuhnya di Aragon dalam kelas perdana, menyifatkan kejayaan kali ini sebagai satu “kemenangan wajib” selepas sebelum ini terpaksa menelan kepahitan akibat terjatuh di COTA dan Jerez.

“Ia memang wajib, sebab kalau saya mahu bersaing untuk kejuaraan ini, saya tak boleh buat silap lagi. Saya tahu saya mendahului kejuaraan, saya ada kelebihan ke atas Alex (Marquez), dan lebih lagi ke atas Pecco (Bagnaia),” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Apabila ditanya sama ada kemenangan dominan di Aragon itu menyamai detik penting seperti kejayaan di litar sama tahun lalu, Marquez berkata:

“Saya tak rasa begitu. Kami sebenarnya sudah bermula dengan sangat baik dari Thailand hingga ke Jerez. Memang di Le Mans dan Silverstone, kami agak tersasar, tapi kami faham sebabnya.

“Di sini saya kembali semula dengan perasaan yang sama seperti ketika pra-musim dan permulaan musim ini. Tahun lalu, Aragon sangat penting kerana saya tercari-cari kemenangan itu sekian lama ia antara cabaran terbesar dalam karier saya.”

Bagaimanapun, Marquez mengakui kesilapan yang dilakukan sepanjang musim 2025 tetap terbayang di fikirannya sepanjang perlumbaan, menyebabkan dia lebih berhati-hati dalam mengekalkan rentak konsisten.

Marquez belajar dari kesilapan silam

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker