Lelaki warga asing maut ditikam, 5 rakan senegara ditahan
Lelaki warga asing maut ditikam, 5 rakan senegara ditahan

KLUANG: Polis menahan lima warga asing bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditikam di ladang sawit New Paloh, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata semua lelaki Indonesia berusia antara 21 hingga 31 tahun itu ditahan sekitar Paloh kira-kira jam 1 pagi tadi.
Beliau berkata, pihaknya menerima makluman pada jam 9.36 pagi semalam berhubung seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini, akibat tikaman di dada kiri.
“Susulan itu, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang dan anggota Balai Polis Paloh menahan lima suspek di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bahrin berkata, semakan mendapati semua lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing ke atas mereka adalah negatif.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Beliau berkata, kelima-lima suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan punca kejadian masih dalam siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7766822,” katanya.
Lelaki warga asing maut ditikam, 5 rakan senegara ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.