Lelaki Singapura ditahan kes tengkar, khianat tendang kereta hingga rosak

Lelaki Singapura ditahan kes tengkar, khianat tendang kereta hingga rosak

Lelaki Singapura ditahan kes tengkar, khianat tendang kereta hingga rosak

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan kes pertengkaran dengan seorang individu dan dakwaan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada jam 3.01 petang semalam.

Bertindak atas laporan itu, beliau berkata, polis menahan suspek berusia 40 tahun kira-kira jam 6.20 petang tadi.

“Dalam laporannya, pengadu mendakwa ketika memandu kereta jenis BMW pada jam 2.39 petang di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, sebuah Toyota Altis dengan nombor pendaftaran Singapura membunyikan hon beberapa kali kepadanya, dipercayai tidak berpuas hati kerana menghalang laluan.

“Susulan itu, berlaku pertengkaran mulut antara mereka dan suspek didakwa telah menendang kereta pengadu sehingga mengakibatkan kerosakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Bagaimanapun, pengadu dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Balveer Singh berkata, suspek yang tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah, akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses permohonan reman, esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 509 kanun sama kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, polis mengesan video tular menerusi Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang bertengkar di kawasan tepi jalan dan kesan remuk pada sebuah kereta.

Lelaki Singapura ditahan kes tengkar, khianat tendang kereta hingga rosak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker