JKR sedia bantu aspek kepakaran teknikal, nasihat susulan kemalangan korbankan 15 pelajar UPSI
JKR sedia bantu aspek kepakaran teknikal, nasihat susulan kemalangan korbankan 15 pelajar UPSI

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama pihak konsesi penyelenggaraan akan memberikan bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal membabitkan kemalangan tragik di Gerik-Jeli, yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata arahan itu sudah dikeluarkan kepada JKR bagi memberikan bantuan terbabit, sekiranya diperlukan pihak berkuasa.
“Saya dan seluruh pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memantau perkembangan siasatan ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan keadilan serta keselamatan awam terjamin.
“Saya juga memohon jasa baik orang ramai untuk memberikan ruang kepada pihak berkuasa supaya siasatan dapat berjalan dengan lancar dan menyeluruh,” katanya melalui kenyataan, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu, terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dilaporkan menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada Hospital Gerik pada jam 1.10 pagi tadi.
PKOD APM Hulu Perak turut memaklumkan keseluruhan 48 mangsa yang terbabit, termasuk 13 orang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua orang di hospital, manakala empat lagi mangsa tercedera.
Pada masa sama, Alexander berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang bertindak pantas dan penuh dedikasi sejak awal pagi tadi.
Malah katanya, beliau turut mengikuti rapat perkembangan operasi menyelamat dijalankan pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan semua agensi terbabit.
Beliau berkata, pihaknya juga berdoa supaya semua mangsa yang cedera diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan urusan rawatan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Saya menerima berita kemalangan tragik itu dengan rasa amat sedih dan dukacita dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan.
“Kehilangan 15 nyawa muda, bakal pendidik negara, adalah satu tragedi besar kepada negara,” katanya.
JKR sedia bantu aspek kepakaran teknikal, nasihat susulan kemalangan korbankan 15 pelajar UPSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.