Seleweng dana bina lebuh raya, RM20 juta mungkin ke aktiviti judi – Azam Baki
Seleweng dana bina lebuh raya, RM20 juta mungkin ke aktiviti judi – Azam Baki

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM20 juta daripada dana sukuk bagi pembinaan lebuh raya dipercayai diseleweng dan mungkin digunakan untuk aktiviti perjudian, kata Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata, perkara itu dikesan dalam siasatan terbaru SPRM membabitkan seorang tokoh ternama bergelar Tan Sri, dengan beberapa pelaburan turut dikenal pasti berkemungkinan menjurus kepada aktiviti haram.
“Setakat ini, 45 saksi sudah dirakam percakapan dan kita masih menunggu untuk merakam percakapan Tan Sri yang kini difahamkan sedang dirawat di sebuah hospital swasta,” katanya kepada BH, hari ini.
Difahamkan, bilik simpanan arak atau ‘chiller’ itu dibina khas di tingkat bawah kondominium mewah tersebut dan turut dilengkapi bar alkohol eksklusif.
Sumber berkata, serbuan turut membabitkan enam kediaman mewah dan sebidang tanah lot yang keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM12 juta.
SPRM juga menemui beberapa ekor kuda bernilai ratusan ribu ringgit yang dipercayai dibeli menggunakan dana hasil penyelewengan sukuk.
Seleweng dana bina lebuh raya, RM20 juta mungkin ke aktiviti judi – Azam Baki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.