Pelanggan panggil polis pekerja kedai enggan pulangkan wang beli pakaian

Pelanggan panggil polis pekerja kedai enggan pulangkan wang beli pakaian

Pelanggan panggil polis pekerja kedai enggan pulangkan wang beli pakaian
GAMBAR Far East Plaza di Singapura. – Foto Google Maps

SINGAPURA – Seorang pelanggan menghubungi polis apabila pekerja sebuah kedai tidak memulangkan wang SGD$1,097 (RM3,600) yang dibayar untuk membeli tiga helai pakaian, lapor portal berita MSNews hari ini.

Menurut portal berita Shin Min Daily News, kejadian itu berlaku pada 29 Mei lalu di sebuah kedai di tingkat tiga Far East Plaza, Singapura.

Pekerja bank berumur 42 tahun dikenali sebagai Zheng berkata, dia meminta bayaran balik kerana tidak lagi mahu membeli pakaian tersebut selepas terkejut dengan harganya.

Dia membayar harga pakaian itu menggunakan kad kredit. Pembelian tersebut adalah untuk dua blaus dan sehelai skirt.

Menurutnya, pekerja kedai itu menjelaskan bahawa dia bukan bos dan tidak boleh meluluskan bayaran balik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Namun, Zheng memberi alasan bahawa jika pekerja tersebut boleh menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus, dia sepatutnya boleh memberikan bayaran balik.

Dia akhirnya menghubungi polis yang menghantar seorang anggota ke kedai tersebut untuk menyelesaikan kemelut itu.

Pekerja kedai itu kemudian memberitahu Shin Min Daily News bahawa dia tidak dapat memberikan bayaran balik kerana tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran telah dibuat berikutan transaksi menggunakan kad kredit.

Jika pelanggan membayar secara tunai, dia boleh memberinya bayaran balik, kata pekerja tersebut. – AGENSI

 

Pelanggan panggil polis pekerja kedai enggan pulangkan wang beli pakaian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker