Parkir depan rumah pun kena langgar
Parkir depan rumah pun kena langgar

SEREMBAN: Seorang juruteknik tidak bernasib baik apabila dua kereta miliknya yang dipakir di luar rumah di Taman Bukit Seri Senawang, di sini dilanggar, awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan Perodua Myvi selain sebuah kereta Proton Persona.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar berkata kaunter aduan trafik Seremban menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 8.48 pagi.
“Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dikatakan datang dari arah kilang Onn Semi.
“Lelaki itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di taman berkenaan, namun sebaik sampai di lokasi kejadian dipercayai hilang kawalan akibat mengelak sebuah kenderaan datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Muhd Amrul berkata akibatnya kereta dipandu lelaki berkenaan melanggar dua kereta milik seorang penduduk di situ yang diparkir di luar rumah.
“Semua yang terbabit kemalangan sudah membuat laporan berhubung insiden itu. Kes disiasat di Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 ( Rule 10 LN 166/59),” katanya.
Parkir depan rumah pun kena langgar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.