Nahas 3 kenderaan, 1 maut
Nahas 3 kenderaan, 1 maut

KUCHING: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pan Borneo di laluan Bau-Lundu, malam tadi.
Mangsa, Chang Chun Jie, 26, yang memandu kereta KIA Forte disahkan meninggal dunia di lokasi kira-kira jam 9 malam.
“Kejadian di ‘P Turn’ berdekatan Kampung Jugan itu membabitkan enam mangsa dengan seorang meninggal dunia, empat cedera ringan manakala seorang lagi tidak cedera.
“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.09 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau diarah ke lokasi,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia tersepit dalam kejadian itu selepas berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Nahas 3 kenderaan, 1 maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.