Serangan jantung dipercayai punca pemandu Caldina rempuh kenderaan lain

Serangan jantung dipercayai punca pemandu Caldina rempuh kenderaan lain

DISYORKAN UNTUK ANDA :
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

KUALA LUMPUR: Serangan jantung dipercayai punca seorang pemandu Toyota Caldina hilang kawalan dan merempuh kenderaan lain di laluan bertentangan di simpang lampu isyarat di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pihaknya turut mengesan satu video tular memaparkan insiden itu sejak semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kelmarin jam 11 pagi ketika saksi, seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang memadu kereta jenis Jaecoo 7.

“Tiba-tiba datang dari arah hadapan sebuah kereta jenis Toyota Caldina yang dipandu lelaki tempatan berusia 57 tahun memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu kenderaan mangsa seterusnya bergerak ke belakang dan melanggar sebuah kenderaan jenis Lexus RX200T dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Siasatan awal mendapati punca kemalangan berikutan pemandu Toyota Caldina hilang kawalan disebabkan masalah jantung.

“Pemandu terbabit bagaimanapun berada dalam keadaan stabil ketika bertemu pegawai penyiasat. Hanya pemandu Jaecoo cedera ringan di tangan dan kaki,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan Pengangkutan (APJ) 1987.

Serangan jantung dipercayai punca pemandu Caldina rempuh kenderaan lain

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker