Seorang maut, 13 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Machang

Seorang maut, 13 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Machang

Seorang maut, 13 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Machang
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Banggol Judah, Machang malam tadi. – Foto Bomba

MACHANG: Seorang lelaki maut manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Banggol Judah, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.55 malam.

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Toyota Hilux, Perodua Kancil dan Proton Waja. Nahas itu menyebabkan pemandu Proton Waja yang tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi penumpang dalam kenderaan berkenaan cedera.

“Sementara itu, lima individu yang menaiki Toyota Hilux dan tiga lagi yang menaiki Perodua Kancil turut cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa yang cedera dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Machang menggunakan ambulans.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Seorang maut, 13 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Machang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker