Lelaki maut kereta terjunam gaung
Lelaki maut kereta terjunam gaung

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan menjunam ke dalam gaung di Kampung Batu Kepit Punda di Simunjan, jam 6.30 petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Richman Nyawan, 53, yang juga penumpang kereta berkenaan.
Katanya, lelaki yang memandu kereta terbabit yang berusia 53 tahun ditemui selamat.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.49 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan diarah ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati benar kemalangan membabitkan kereta Perodua Kenari yang terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Selepas ‘size up’ dilakukan, pasukan operasi mendapati ada seorang mangsa iaitu penumpang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala pemandu tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Menurutnya, selepas berjaya dibawa naik ke tepi jalan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, lima kenderaan terbabit dalam kemalangan di Jambatan Sungai Mamat, di Jalan Serian-Kuching pada jam 9.40 malam tadi.
Dua mangsa cedera dalam kejadian itu yang membabitkan Toyota Hilux, Perodua Axia, Perodua Myvi, Perodua Alza dan sebuah van.
Mangsa yang cedera ialah lelaki yang memandu Toyota Hilux dan wanita yang memandu Perodua Axia.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala semua pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki maut kereta terjunam gaung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.