Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan di era pentadbiran Muhyiddin Yasin, nama Tengku Zafrul adalah satu nama yang tidak dikenali oleh kepimpinan UMNO di peringkat pusat.
Jawatan beliau dikekalkan oleh regim Ismail Sabri selepas regim Muhyiddin Yasin tumbang.
Walau pun Tengku Zafrul berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di bawah 2 orang Perdana Menteri, namun di peringkat kepimpinan pusat UMNO, beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan.
Nama beliau mula dikenali selepas berjaya dipilih sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam pemilihan UMNO 2023.
Beliau tidak pernah memenangi pilihanraya sama ada di peringkat parlimen atau pun negeri.
Dalam artikata lain, walau pun memenangi kerusi ahli MKT UMNO, Tengku Zafrul tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, sama ada di dalam atau pun di luar parti.
Jawatan menteri yang beliau sandang sekarang bukanlah atas mandat rakyat, tetapi atas ehsan perdana menteri yang melantik beliau sebagai senator.
Apakah Keputusan Tengku Zafrul Melompat Parti Merupakan Tindakan Yang Bijak?
Kita menghormati keputusan Tengku Zafrul untuk keluar dari UMNO dan melompat ke parti PKR.
Begitu juga kita sangat memahami tindakan beliau adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan jawatan menteri yang beliau sandang sekarang.
Ini adalah penggal kedua dan merupakan penggal terakhir beliau boleh dilantik sebagai senator.
Sekiranya beliau mahu mengekalkan jawatan menteri, beliau mesti memenangi pilihanraya.
Mungkin bersama PKR, beliau merasakan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihanraya kecil yang mungkin akan diadakan.
Persoalannya, siapakah ahli parlimen PKR yang akan memberikan laluan kepada Tengku Zafrul untuk diadakan pilihanraya kecil?
Ada kemungkinan Menteri Besar Selangor, yang juga merupakan ahli parlimen Gombak akan diminta untuk mengosongkann kerusi parlimen Gombak.
Tetapi persoalannya, apakah akar umbi PKR dan UMNO di parlimen Gombak akan memberi sokongan kepada Tengku Zafrul?
Sekiranya Perikatan Nasional meletakkan Azmin Ali sebagai calon PRK Gombak, mampukah Tengku Zafrul menghadapinya?
Keharmonian Kerajaan Perpaduan Bakal Tergugat
@umnonow Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi tuntut PMX kembalikan kuota Menteri UMNO. Tindakan PKR terima Tengku Zafrul sebagai ahli tak beretika! #UMNONow #umno #umnomalaysia #zahidhamidi #akarumbi #tengkuzafrul #tolakpkr
Penyertaan Tengku Zafrul ke PKR sudah pasti akan menimbulkan ketegangan hubungan antara parti UMNO dan PKR.
Ketegangan akan timbul tidak hanya di peringkat kepimpinan tertinggi, tetapi juga boleh menjalar hingga ke akar umbi.
Di peringkat akar umbi, sudah pasti akar umbi UMNO akan marah dan tidak memberikan sokongan kepada Tengku Zafrul walau di mana pun beliau bertanding dalam pilihanraya.
Keadaan ini pastinya akan menimbulkan kemarahan akar umbi PKR.
Di peringkat kepimpinan pusat pula, tidak boleh tidak, kecurigaan akan mula berputik di kalangan pemimpin UMNO sekiranya PKR menerima Tengku Zafrul.
Kalau ianya tidak ditangani dengan baik, ianya boleh menimbulkan keretakan yang akan membawa kepada perpecahan.
UMNO tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Tengku Zafrul.
Tetapi berbaloikah kestabilan Kerajaan Perpaduan tergugat hanya kerana seorang politikus bernama Tengku Zafrul?
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
You must be logged in to post a comment.