Dua pendaki alami dehidrasi diselamatkan di Taman Rimba Teluk Bahang
Dua pendaki alami dehidrasi diselamatkan di Taman Rimba Teluk Bahang

BALIK PULAU: Dua pendaki yang mengalami dehidrasi dan keletihan ketika mendaki di Taman Rimba Teluk Bahang, di sini diselamatkan pasukan bomba malam tadi.
Mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berumur 34 tahun, dilaporkan menghubungi pihak bomba pada jam 6.40 petang memaklumkan mereka berada dalam keadaan lemah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang segera digerakkan ke lokasi.
“Mangsa berkongsi lokasi mereka di Stesen 10, Taman Rimba Teluk Bahang menerusi aplikasi WhatsApp.
“Pasukan penyelamat mendaki ke lokasi dan menemui kedua-duanya dalam keadaan keletihan sebelum membawa mereka turun dengan selamat pada pukul 10.51 malam,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut. – BERNAMA
Dua pendaki alami dehidrasi diselamatkan di Taman Rimba Teluk Bahang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.