Ahli astronomi kesan isyarat aneh dari angkasa

Ahli astronomi kesan isyarat aneh dari angkasa

Ahli astronomi kesan isyarat aneh dari angkasa
AHLI astronomi terkejut dengan isyarat aneh dari angkasa lepas. – Foto ICRAR/CSIRO

SYDNEY – Sekumpulan ahli astronomi terkejut apabila mengesan objek tidak dikenali memancarkan isyarat aneh dari angkasa lepas, lapor laman berita New York Post semalam.

Objek dikenali sebagai ASKAP J1832-0911 itu dikesan oleh teleskop Pencari Laluan Susunan Kilometer Persegi Australia (ASKAP) dan balai cerap X-ray Chandra milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)

“Ia tidak seperti apa yang kita lihat sebelum ini,” kata seorang ahli astronomi Universiti Curtin di Perth, Andy Wang.

ASKAP J1832-0911 memancarkan denyutan gelombang radio dan sinar-X selama dua minit bagi setiap 44 minit, demikian menurut pakar-pakar yang mendokumentasikan penemuan mereka dalam jurnal Nature.

Wang dan pasukannya mengeluarkan teori bahawa objek itu berkemungkinan bintang mati, lapor laman berita angkasa lepas, Space.com.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


“ASKAP J1831-0911 berkemungkinan adalah magnetar (sejenis bintang mati dengan medan magnet yang kuat) atau ia boleh jadi sepasang bintang dalam sistem binari.

“Bagaimanapun, teori itu pun tidak menjelaskan sepenuhnya apa yang kami perhatikan.

“Penemuan ini boleh menunjukkan jenis fizik baharu atau model baharu evolusi bintang,” kata Wang. – AGENSI

Ahli astronomi kesan isyarat aneh dari angkasa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker